Disable Copy

Apr 1, 2012

Cinta Dan Kasih Sayang


*Ayat-ayat ni semua daripada internet. Taktau la sape penulis asal. Tapi melambangkan perassan aku sekarang ni T___T

Nanti
Bila Dah Ada Suami
Jangan Lupa Keluarga

Nanti
Bila Dah Ada Suami
Jangan Lupa Adik-Adik

Nanti
Bila Dah Ada Suami
Jangan Buang Ibu Dan Ayah

Nanti
Bila Dah Bahagia
Jangan Lupakan Ibu Dan Ayah

Jangan Lupa
Walau Taatmu Pada Suami
Sebahagian ‘SAHAM’ Syurgamu Masih Ada Pada Ibu

Jangan Bangga
Walau Kini Kau Bahagia Pada Suami
Kau Dulu
Bergantung Harap Pada Ayah Dan Ibu

Walau Bagaimana Layanan Mereka Kepadamu
Jangan Lupa, Tanpa Mereka
Kau Mungkin Tak Akan Ada

Ya
Bila Sudah Bahagia Nanti
Jangan Kau Buang Ayah Dan Ibumu
Cinta Mu Pada Lelaki
Jangan Sampai Membuatmu Menderhakai
Apatah Lagi Melukai Hati Mereka

Ada Perkara Yang Ingin Kita Buang Jauh-Jauh
Kita Lemparkan Ke Hujung Dunia
Kita Hapuskan Dari Minda Dan Ingatan
Bukan Kerana Kita Membenci

Tetapi Kerana Menyedari
Mengingatinya
Hanya Membuat Kita Terikat Kepada Sebuah Kesedihan
Menyimpannya
Hanya Membuat Kita Terkaku Pada Sebuah Angan-Angan

Bukan Membenci
Bukan Berputus Asa
Cuma Sedar
Ada Sesetengah Perkara
Memang Bukan HAK Kita

Kadang-Kadang
Kerana Terlalu Sayang Dengan Seseorang
Allah Ambil Dia Dari Kita
Allah Jarakkan Kita Dengan Dia
Untuk Uji Kita

Masihkah Kita Sayang Pada Yang Mengurniakan Rasa Sayang Itu
Masihkah Kita Sayang Pada Yang Menganugerahkan Rasa Sayang Itu
Dan Masihkah Kita Percaya Pada Aturan DIA

Untuk Sedarkan Kita
Bahawa Ada DIA Yang Perlu Lebih Kita Sayangi
Lebih Dari Segala-Galanya

Dan
Kadang-Kadang
Allah Ambil Juga Kembali Orang-Orang Yang Tidak Kita Hargai

Saat Allah Jarakkan Kita
Lalu Timbul Rasa Rindu Dan Menyesal
Itu Bukan Untuk Menghukumi Kita

Tapi Untuk Memberi Pengajaran
Bahawa Bila Kita Tak Mahu Menyayangi Mereka
Allah Akan Mengambil Mereka
Untuk Disayangi Lebih Dari Yang Mahu Kita Lakukan

Kekecewaan Adalah Kekuatan
Yang Seharusnya Menjadikanmu Berlaku Lebih Tegas
Untuk Tidak Dikecewakan Lagi

Dan
Jika Engkau Ikhlas Belajar Dari Kekecewaan Kecil
Engkau Tak Akan Dipaksa Merasakan Pedihnya Kekecewaan Besar

Sesungguhnya
Di Dalam Pedihnya Kecewamu
Ada Pelajaran Penting Bagi Kenaikan Kelas Hidupmu

Ikhlaslah Dan Perhatikan
Tuhan Sedang Menyampaikan Pesan Kepada Hati Baikmu






Mar 15, 2012

Benci Perasaan Ini


Aku sangat tak suka dengan situasi sekarang. Boleh kata benci la. Bukan benci dengan orang lain pun. Tapi benci dengan diri sendiri. Nak marah tak boleh nak pendam tak boleh. Rasa nak potong-potong je badan ni asalkan semua orang puas hati. Tak kisahlah kalau aku mati pun. I DON'T CARE...


 

 

Mar 13, 2012

Ujian

Aku ni bukan la baik sangat. Sudah mula alpa dan leka dengan dunia. Akhirat ditinggal makin jauh dan jauh. Dalam hujung tahun lepas, aku tersedar sampai bila aku nak macam ni. Keseronokan sampai bila pun takkan habis. Untuk enjoy sampai mati pun boleh enjoy. Apa yang aku kejar sebenarnya dalam hidup. Mati itu pasti akhirat itu pasti. Apa bekalan aku ke sana. 

Masa sekolah dulu banyak la buat. Sekolah ada macam-macam program. Dekat u ada banyak exam. Masa tu doa dan ibadat wajib ok la lagi. Tapi bila dah habis exam perlu ke aku leka. Sedangkan dalam tempuh kehidupan akan datang lagi besar ujiannya.

Baru je aku buka bab rahmat Allah dan qada' dan qadar Allah. Kena belajar syukur ni dengan segala nikmat tuhan. Tiba-tiba aku diuji. Aku tak kisah kalau ujian tu libatkan aku saja. Nak meratap meraung sedih tu aku je rasa. Tapi kalau ujian tu libatkan orang lain macam mana. Orang punya perasaan, harapan, maruah, semua libatkan orang la. Serius aku buntu. Aku tak tau nak buat apa.

Dalam hati aku aku cuba nak gembirakan orang-orang sekeliling aku. Aku susah takpe aku sedih takpe orang tak tau. Tapi bila yang terjadi turut tercalit dan terpalit pada orang lain macam mana. Bak kata "Ditelan mati mak, diluah mati bapak". Tapi bila dikulum je dalam mulut aku pulak yang mati. 

Kalau ni la ujian aku untuk mendapat rahmatmu Ya Allah aku redha. Tunjukkan la padaku jalan yang benar. Hanya diriMu saja tahu apa yang terbaik untukku.

Mar 10, 2012

7 Petala Cinta

Tadi tengok disebalik tabir "7 PETALA CINTA". Tengok thriller macam best je. Kisah cinta tapi berlandaskan agama Islam. Apa yang lebih menarik dalam filem ni aku rasa perempuan yang berhijab SANGAT CANTIK. Jubah yang pelakon-pelakon pakai pun sangat cantik. Boleh menarik wanita-wanita di luar sana untuk menutup aurat mereka.

Kredit: METROWEALTH

Dah lama takde cerita macam ni. Trend sekarang cite hantu, samseng, racing, penyangak banyak la. So ni kira kelainan la Metrowealth buat. Nak tengok tapi nak pegi dengan sape? En AA mesti dia taknak. Adik aku dah pindah Johor. Nak langgan astro first astro pun takde. Nak download kawasan rumah takde unifi. Nak download guna broadband tunggu tahun depan pun tak lepas kot. SOB3 terpaksa la tunggu raya bila tayang free kat tv =(

Kali pertama masuk website Metrowealth. Yang buat aku tertarik adalah ayat-ayat daripada BIG BOSS mereka iaitu Mr David Teo.

"Hilang cincin, hilang sedikit. Hilang cinta, hilang setengah. Hilang semangat hilang semuanya. Orang yg ada semangat segala impian jadi kenyataan."

"Hitam tetap hitam, putih tetap putih, yang hitam tak akan jadi putih, yang putih tak akan jadi hitam, semoga kita ikhlas dan jujur menjalankan tanggungjawab kita. (jangan putar belit)"

Ayat dalam filem yang terkesan dalam hati aku pulak:

"Cinta Itu Memberi Kekuatan BUKAN Melemahkan"

Pada aku ada betulnya. Cinta dan kasih sayang itu memang bagi kekuatan pada kita. Apa jua yang terjadi dalam hidup as long as kesayangan kita ada di sekeliling kita EVERYTHING WILL BE OK. Kalau jadi apa-apa sentiasa ingat Allah, Rasul, ibubapa, adik-beradik, pasangan dan anak-anak. Mereka inilah kekuatan kita untuk teruskan hidup. 

Kadang-kadang aku pun rasa PUTUS ASA dalam hidup. Apa yang dihajat tak tercapai. Rasa nak bunuh diri nak terjun bangunan nak potong urat nadi semua aku dah rasa. Tapi bila ada orang yang buat kita rasa disayangi rasa dihargai, rasa hilang semangat tu boleh pergi walaupun ambil masa. 

Aku berdoa kepada Allah supaya hidup aku sentiasa dikelilingi kesayangan aku. Aku rela pergi dulu sebab aku tak sanggup kehilangan kesayangan aku. Merekalah kekuatan aku. I LOVE MY FAMILY SO MUCH...FOREVER AND EVER...   

Mar 3, 2012

Clog Remover Burn My Skin

Al-kisah saluran sinki tersumbat beberapa hari lepas. Sangat masalah kalau sinki sumbat ni. Nak masak malas nak makan malas. Nak basuh pinggan susah nak basuh tangan susah nak cuci bahan-bahan masak susah.

Rumah yang dibuat pemaju zaman sekarang asyik la timbul masalah sumbat ni. Dah la saluran kecik banyak belok-belok lagi. Memang patut pun kalau sumbat. Rumah aku kat kampung yang ayah aku buat sendiri tak pernah pulak saluran sumbat, tak pernah sekalipun paip pecah.

Paip dekat rumah aku kat kampung lebih kurang macam ni:
                              

Ehsan Pak Cik Google. Yang batang paip aku tak jumpa pulak gambar yang sesuai.

Paip dekat rumah sekarang:

   
Ehsan Pak Cik Google Juga

Aku bukan la pakar bidang bangunan dan sistem saluran paip ni. Sekadar general knowledge yang masih lekat dalam kepala. Rumah kat kampung tu rumah sendiri buat sendiri. Mesti la ayah aku nak segala yang berkualiti. Dah alang-alang buat kena la buat terus elok kan. Kalau selalu rosak kos baiki mau lebih daripada kos barang asal.

Bila kat rumah yang dibuat pemaju mesti banyak faktor diambil kira. Terutamanya kos dan proses nak bikin rumah tu. Mesti murah dan senang lagi cepat nak buat. Sebab utama guna paip pvc oleh pemaju:
a. murah
b. kos pasang
c. kos selenggara
d. alat ganti untuk pemasangan
e. tak mudah dikakis dan karat
f. ringan, mudah pasang, mudah angkut, mudah angkat, dan senang pasang
g. senang tebuk untuk sambunagn ke rumah-rumah

Bila dah sedar tu kena la pasrah kan. Nak sangat bunyik sila buat rumah sendiri. Ok yang buat aku tension dah la sumbat bila nak jolok salauran banyak la liku-likunya. Nak lukis tak reti tapi bayangkan saluran longkang paip rumah apartment.

Hari pertama saluran sumbat En AA yang jolok. Dah sampai ke bahu pun tak dapat capai saluran keluar air tu. Still sumbat. 

Hari ke-2 aku nak tunjuk bijak dengan guna clog remover. Gigih ni cari kat internet dan ramai kata clog remover bagus sebab boleh cairkan segala lemak, minyak, rambut dan daki sabun yang guna untuk cuci pinggan tu. Maybe sebab berasid sikit sebab tu agaknya boleh cairkan kotoran dalam tu. Tak kisah la murah je pun daripada panggil plumber yang cekik ratus-ratus biasanya. Dah biar semalaman tak jadi apa pun. Masih bertakung air tak jalan langsung. 

Lebih kurang camni la tapi aku guna brand lain. Malas tepek sini nanti ada yang marah.

Hari ke-3 aku nak tunjuk hebat dengan offer diri seluk tangan cari saluran keluar air tu. Konon tangan lagi panjang dan lagi kecik boleh cari la lubang keluar. Hohoho even dah sampai bahu tak boleh cari jugak lubang keluar. Sampai luka la tangan aku tersagat simen saluran air tu.

Lepas tu masing-masing dah give up. Esoknya tangan aku dah mula sakit-sakit. Yela air bertakung tu dah berasid sikit kan aku buh benda alah tu tapi tak jalan pun. Aku pulak gi seluk saluran yg pernah air berasid tu. Rasa sakit, tegang, kulit kecut dan gatal-gatal sikit. Aku dah mula cuak. cari kat internet side effect kena benda ni. Gelabah aku sebab boleh ganggu paru-paru, nafas singkat, kulit tebakar dan apa entah lagi. Memang aku ada tanda-tanda tu. Mula la fikir pasal mati sebab memang boleh bawak mati pun. 

Memang nampak la kulit tangan aku terbakar. Lagi teruk daripada burn tengah laut berkayak keliling Pangkor dulu. Cari gambar kat internet terlebih menakutkan la pulak. Tapi macam sunburn skin + peeling. Camtu la lebih kurang. Habis kulit tangan macam hitam sikit. Harap cepat elok la. Dulu aku tak kisah sangat kulit gelap dan tak sekata. Tapi dah kerja ni kena la jaga diri sikit. Lagipun En AA aku gelap sikit pun dia bunyik. Padahal dia pun tak la cerah mana =P

Hari ke-4 konon nak panggil plumber dah. Sebab masing-masing dah sakit badan macam baru lrpas pindah rumah. Terpaksa la korban kan duit barang seratus dua pada plumber tu. Tapi ketuk rumah bawah takda orang pulak. Call plumber dia dah tukar no pulak. Terpaksa la setel sendiri ni. Cari lagi kat internet solution yang boleh guna. At last beli plumber snake/drain snake.


Guna benda ni kalau saluran tu sehala je aku rasa ok kot. Macam sinki tu. Memang laluan tu je. Masalah kitorang saluran paip ni bila lalu balkoni dapur sambung pulak saluran air balkoni baru keluar ke saluran utama. Seluk kat balkoni ni la sampai luka tangan. Banyak nau selok-beloknya. Nak jolok benda ni ke saluran utama tak jumpa lubangnya. Entah la camne pemaju buat. Memang tak tercapai dek tangan. Tapi hasil kegigihan En AA ok la balik tak sumbat dah. Tapi serius luka teruk tangan dia berdarah lagi. Aku kesian gak tapi nak kata apa. Aku luka sikit pun sakit tak hilang lagi ni pulak dia macam luka jatuh motor je. TQ my dear...............You are my hero..............Eh tetiba =)


Feb 24, 2012

Never Too Late For Me To Have A Child

Ye iye aku baru 26.75 tahun. Belum ada anak. Kawan-kawan aku paling koman pun anak dah sorang. Ada yang dah 2 ada yang dah ada 3 orang anak pun. Jeles tak? Jeles la..tipu la tak jeles. Tapi Allah lebih tau apa yang terbaik untuk aku. 

Allah tau bila aku betul-betul bersedia nak ada anak sendiri kan. Macam mana nak didik anak tu memang aku dah fikir lama. Sentiasa belajar macam mana nak didik anak. Bukan setakat BELA ye. Anak perlu diasuh dan dididik. Bila dia nak sekolah. Nak sekolah kat mana memang aku dah terfikir dah. Over tak belum ada anak dah fikir nak hantar sekolah mana =P

Aku suka dak Nina ni. Dah la comel bijak pulak. Cuma kalau anak aku kena la terap hal agama jugak. Takkan duniawi je kan. Akhirat pun penting juga. Kalau ada isi perut mau aku tengok dak nina ni selalu. Mana la tau terkenan pulak. Tapi harap kenan yang elok-elok aja. 


Aku suka cara ibubapa dia didik. Mainan semua bercorak pendidikan. Yang boleh buat anak diorang berfikir. Dan selalunya ibubapa dia pun join game tu.




Omputih + Jopun = NINA
Aku + Dia = ??? (ada je nama yang aku dah terfikir tapi jasad dan rohnye takde lagi..kemain hover aku ni!

Tajuk tu ayah nina yang kata sebab masa nina lahir ayah dia dah dekat 40 pun. Orang tanya menyesal tak dulu tak kawin-kawin awal. Ayah dia kata dia tak menyesal pun sebab walau dapat lambat tapi dia dapat anugerah yang tak ternilai katanya. Aku pegang kata-kata tu. Yela bab anak aku tak dapat celen lagi kawan-kawan dan sedara. Takpe "SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN"


Aku suka singkong kau suka keju...Oh

We are totally contra (ayat yang sungguh kebaratan!)

Aku suka:
1. Sambal tumis
2. Masak merah
3. Masak kicap
4. Masak black pepper
5. Tomyam
6. Sup
7. Sweet sour / 3 rasa
8. Masak kunyit
9. Masak letak gula sikit (mak aku ajar camtu sebab aku orang jawa jadi kena ada manis sikit bagi rasa lemak-lemak gitu sebab tak letak aji)

En AA suka:
1. Masak lemak cili api
2. Masak lemak putih
3. Kari
4. Segala mak nenek gulai yang bersantan
5. Masak letak garam je (mak En AA ajar sebab memang pesen orang minang cenggitu aku rasa)

Jadi nak masak apa. Tekak aku lain tekak orang tu lain. Masak aku suka orang tu terkebil-kebil nak makan. Masak yang orang tu suka aku terkulat-kulat nak makan. Nak masak dua-dua aku tak rajin. Sapa nak makan masak banyak-banyak. Lagipun En AA tak reti meratah apa lagi nak habiskan. Kesimpulannya masuk perut aku semua suka atau tidak kena flush ke perut aku makanan tu. Sebab aku tak suka membazir apa lagi nak buang makanan. Bukan makanan tu menangis tapi aku yang menangis.

Yela susah payah cari rezeki takkan nak sedekah ke tong sampah. Baki dalam pinggan aku telan. Baki dalam periuk aku telan. Buang makanan tu aku rasa macam buang duit ok. Yela aku bukan lahir atas duit. Jadi setiap sen tu aku kira. Macam mana la badan pompuan tak cepat naik. Asyik la telan ke perut sendiri takut membazir. Anak makan tak habis pun masuk ke perut omak jugak. Memang tak syak lagi punca badan para ibu mengembang dengan jayanya adalah sebab ini.

KESIMPULAN:
Aku rasa betul orang kata anak-anak adalah acuan ibubapanya. Macam mana mak pak didik camtu la anaknya. Aku makanan tak letak gula sikit CAN NOT GO. Orang tu kalau letak gula secubit pun CAN NOT GO. Jadi balik kampung pasangan masing-masing akan terkulat-kulat nak makan asalkan tak lapar. Jangan eksen macam baru balik LONDON udah la ye.

Bab-bab lain pun camtu kot. Bab akhlak dan tingkah laku semua. Kalau makpak sikap sekian-sekian anaknya pun terikut sekian-sekian. Tak banyak pun mesti ada yang terkenan kat anak kan. Kena la aku belajar untuk behave dari sekarang takut anak terkenan sikap aku yang huduh. Yang molek-molek takpe ikut aku =)

Dah Sehabis Teliti Pun Salah Lagi =(

Sejak tahun lepas memang kerja-kerja ni aku kena buat. Selalu kelam-kabut la jugak. Bukan buat cincai tapi agak serabut la. Kali ni memang buat betul-betul. Bukan setakat double check. Tapi dah triple10 check pun. Dengan konpiden aku suruh orang hantar. Sekali baca lagi sekali prosedur, laa silap sampul pulak. Rasanya dah 30x baca arahan tu.

Camne boleh salah. Bukan rezeki kah? Tapi sempena hari Jumaat yang mulia ni aku mohon pada Allah bukakan la pintu hati orang yang semak tu. Harap permohonan diluluskan. Sebab aku dah buat sehabis baik kali ni. Kalau takde rezki nak buat camne. Redha je la.


Jan 30, 2012

Doa Yang Dilupakan (-.-)

Aku manusia biasa yang lemah lagi banyak kesilapan.

Sejak meningkat usia ni banyak fikir soal kehidupan je. Lepas sekolah menengah dah mula lalai. Yela masa kat asrama kan macam-macam program ilmiah bebentuk agama. Masa tu wajib pergi dan wajib dengar. Lepas sekolah dah jarang pergi majlis-majlis ilmu. Susah nak jumpa dan kalau ada aku yang tak cari kot. Yela semua nak ada geng nak ada teman. Bila kawan-kawan bukan ke arah situ aku pun hanyut sama.

Sekarang ni nak amalkan balik apa yang banyak aku tinggal. Solat tak sempurna. Baca pun kemain express rakyat je. Kadang-kadang takat baca al-fatihah je sebab nak cepat habis =( Aku tak pernah selidik maksud setiap ayat dalam solat kecuali surah al-fatihah. =(

Sebab teman-teman tak banyak ke arah ni aku kena la cari sendiri-sendiri ilmu ni. Internet pun dah banyak info kan pasal agama. Boleh klik je. Dengar ceramah online pun boleh. Ok sekarang nak muhasabah diri balik. Titik-titik hitam dalam hati perlu di padam. Mulai saat ni kena kais sikit-sikit dan cuba amalkan pelan-pelan.

Hari ni mula dengan bacaan antara 2 sujud. Kena la pelan-pelan kayuh. Dah berusia ni lambat pick up sikit.

                                                   

Sumber: Pak Cik Google


Selama ni aku tak dalami pun maksud ayat ni =( Dah umur 26 tahun baru nak tau. Tula selama nak cepat je kan baca. Entah lari maksud ke tak. Teruknya aku ni......(T________T)
   



















Jan 29, 2012

Bila Kuli Jadi Jutawan

Tadi ada tengok tv tentang kejayaan hidup orang. Mula-mula tak layan sangat siaran tv tu. Just pasang supaya rumah riuh sikit. Takde orang kat rumah kan so biar la bising sikit. Padahal mata aku mengadap lappy je. Tiba-tiba dengar ayat dia cakap:

"Walaupun kerja tapi hidup miskin gak. Dah alang-alang miskin baik saya buat apa yang saya suka buat. Takde la kecewa sangat walaupun miskin. Asalkan saya suka apa yang saya buat." (Ayat masa dia tengah give up!)


Ayat dia tu keluar masa dia mula kerja baru dia. Kerja sendiri je. Masa makan gaji pun hidup susah kan. So dia mula buat kerja sendiri tapi benda tu memang dia suka la. Dulu sekolah pun dia antara yang tercorot kan. Memang nak target jawatan tinggi dan besar tu agak rumit la.

Nak tau apa jadi dengan dia sekarang. Antara jutawan muda ok. Boleh bayangkan daripada budak kampung yang susah, asyik corot ke kat sekolah, asyik jadi kuli je masa kerja makan gaji tapi sekarang dah jadi jutawan. Jadi CEO syarikat sendiri dan pekerja dia entah berapa ramai sekarang. Ok orang camni memang aku tabik spring. Sebab dia berjaya bukan hasil warisan keluarga. Tapi dia mula dari bawah dengan modal RM 90 SAHAJA.

Tiba-tiba aku termotivasi tengok dia. Key point dia:

"Buat apa yang kita suka buat. Bila suka kita akan bersungguh-sungguh dan kurang tekanan."